Wednesday, April 22, 2009

kalau la saya masih kerja di tempat lama



bos ni SAJA JE suruh buat kerja kerja yang tak mencabar membuatkan saya SAJA JE nak update blog 3 kali sehari.

yeay!! masanya sudah tiba untuk saya menceritakan serba sedikit tentang tempat kerja lama saya. teruja tak? teruja tak? bajet best lah tu macam entri dinanti nanti kan. ala..ala saya tahu mesti ada yang teruja juga.

sewaktu masa dahulu, saya telah bekerja di Warga Hikmat iaitu subsidiary kepada PECD Berhad ataupun PEREMBA. alamak banyak la pulak nama tapi ini benar. sebab kalau saya sebut saya pernah kerja di Warga Hikmat orang akan tanya "apa tu?" kalau saya sebut PECD Berhad atau PEREMBA baru la orang pernah dengar. mungkin mereka layankan sahaja sebab saya sudah banyak kali sebut weh! tolong appreciate. (T_T) semasa saya di sana, saya telah bekerja di SHELL REFINING COMPANY dan EXXONMOBIL PENAPISAN di PORT DICKSON. saja nak gila kuasa sebut dua nama refinery tu. padahal refinery refinery itu kenal saya atau tidak hohoh

kerja di SHELL REFINIG COMPANY (SRC) amat menyeronokkan walaupun masa mula mula datang tu agak jakun. nasib baik tidak buat apa apa kemalangan teknologi ( sila rujuk entri minta maaf saya tidak suka webcam ) seperti di tempat komuter huhu. baru saya tahu, untuk bekerja dengan Shell kita harus fasih berbahasa inggeris sehingga tahap di koridor pun harus berbahasa inggeris walaupun sesama kaum. at least "yes it is, no it isn't" senang saja untuk berpura pura hehe. semasa di SRC juga, job pack mereka amat tebal, lebih tebal daripada tesis student master. saya akui, pengalaman melengkapkan semua job pack adalah pengalaman menuntut kesabaran seperti pengalaman berjalan di atas kaca. kerja di sini seronok kerana kami semua seperti satu keluarga. pihak SRC juga menyediakan pusat urutan refleksologi percuma yang telah banyak di salah guna oleh orang orang yang tak berapa penat seperti saya. ok pengalaman mencari encik azhani menaiki basikal di dalam loji juga boleh dikira penat ok yang tiba tiba baru dapat tahu dia sebenarnya meeting di ofis. memang menguji kan dan menguja kan mental sendiri. dan apa yg paling admire sekali adalah coverall mereka yang macam DIGI ku bersamamu. di sedari apabila seorang bertanya "Maya, nak tengok bersamamu tak" saya jawab "apa tu? mana?" dia membalas "sini kan, kalau kita guna line maxis atau celcom pun tiba tiba boleh dapat coverage digi" Hee...



pemandangan dari jauh sebab tak boleh bawa kamera kat dalam kawasan refinery kan. itu basikal untuk kami merempit ala ala le tour de refinery. seronok walaupun basikal selalu kena curi.


dalam banyak banyak gambar, mesti ada gambar sendiri. mama bosan sebab banyak kerja plus takde internet dan tak boleh buka mp3 huhu


saya beritahu awal awal ok. saya tidak ambil gambar coverall kuning itu untuk menjaga hati sesetengah pihak. HUHU


di SRC, saya terlibat untuk projek shutdown Complex 2, MVU dan alamak lupa la lagi apa dia. ok Maya jangan nak gila kuasa lagi. bukan saya seorang yang terlibat, semua sekali but the key person is jeng jeng jeng..


muka busy




kawan sengal bersama sama





rakan sepengularan




di EXXONMOBIL PENAPISAN juga seronok. kalau tidak, masakan boleh mengambil gambar gambar seperti ini :



hnsss..cannot go lah



doralin buat apa kat sini??



refinery tanpa Maya Zahar



refinery dengan Maya Zahar



muka balik dari unit dan terkejut

di EXXONMOBIL PENAPISAN juga membuatkan saya mengenali rakan rakan sekerja yang sangat best dan bekerja seperti satu keluarga. rakan rakan seperti pedot, rosmaidi, berat, mas, sham, abg zul, kapten, abg jas, kumaran, ben, sagha, abu, ah wai, kak syikin, kak zila, dan bos How..korang semua memang best dan tak pernah pun lupakan korang. kalau lupa mention nama mita maaf ye. di hati tidak pernah lupe ( sila nangis T_T ) Berat - agak agak macam mana kau sekarang ye. macam mana dengan jawatan superitendent berat hehe. Pedot - aku tau ko boleh buat punye lah. Sham - tolong jangan buat lagi rambut pacak dan ray ban palsu ko tu. aku tau korang boleh berjaya tanpa aku. jangn la gelak, aku tengah perasan best ni HUHU rindunye bebeh bebeh semua..


syahdu (T_T)