Sunday, March 29, 2009

Ikut kata hati,mati...Ikut kata rasa,binasa...Ikut kata akal? cekal? ke sengal? hehe


punya la panjang tajuk entri saya..tapi x pe..

pernah kah anda2 semua menghadapi satu situasi yang temptuous (btol ke? hehe) yang bakal menggegarkan iman, yang bakal menggegarkan prinsip hidup anda? sampai x boleh tido anda dibuatnye? situasi bukan lagu bunkface tetapi ini situasi serius dalam kehidupan anda..anda kena buat pilihan! kena jugak..x boleh lari..kalau anda lari pun ia akan mengejar anda..ia akan menghantui anda HUHUHU tapi ia bukan hantu..ia situasi di mana pilihan terletak di tangan anda..akademi fantasia haha mengarut..( abaikan ayat akademi fantasia tadi )

ayat2 saya ini bukan kata2 daripada ceramah direct selling atau pun kata2 pada flyers2 di mana terdapat insan2 macho bergambar bersama kereta besar yang anda selalu dapati di cermin kereta anda ketika anda parking di shopping complex..

berbalik kepada topik kita..dalam membuat pilihan, saya sering keliru sama ada untuk mengikut kata hati atau kata akal? jika saya mengikut kata hati saya, saya sering diganggu dengan pepatah ikut hati, mati..tetapi kalau menurut cerita2 hindustan, semua suruh ikut kata hati..jadi macam mana..

kalau ikut kan akal fikiran, betul ke kata akal fikiran kita? pepatah ada juga mengatakan mata hati..semacam membenarkan hati untuk membuat pilihan (asek pepatah je..) kalau akal fikiran membuat keputusan, pasti kehidupan sedikit merana..tetapi kalau ikut kata hati pulak ditakuti akan merana di kemudian hari..macam mana ni.. nak ikut kata siape..dua2 macam x boleh percaya..susah weh!!

at last..saya sendiri selalu akan membiarkan keputusan yang memilih saya..apa2 yg terjadi, saya layaaaaaaannn saja..apa sebenar nya yang cuba saya sampaikan ni??

** ini konflik dalaman aku la...